DITUJU KHAS BUAT SAHABAT-SAHABATKU YANG DISAYANGI....
Dalam dunia ini kita tidak punya siapa,Kecuali diri sendiri.
Tetapi..dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana...
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran Seorang sahabat, begitulah juga dia...Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Cuma mengambil kita tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk dia menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu adalah alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia menerima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa..tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada di sisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dam ketakutan.
Harapan dan impian kita juga diluahkan.
Dia memberi laluan sebagai penyelesaian masalah .
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk Menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat.
Setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah...
Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai?
Kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah...Agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita...
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat..
Kerana dia juga seorang manusia...
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat.
Sebagai kekuatan..
Jadilah kita sahabat itu...
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnnya dia tidak setabah yang kita sangkakan
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan..
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan..
Terlukis di wajah keriangan, tergambar sebuah ketenangan, namun tak siapa yang mengerti rahsia dalam hati....
Tetapi kita cuba menjadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu...
No comments:
Post a Comment