Beliau berasal dari Qariah Sungai Abu jajahan Sungai Penoh Negeri Kerinchi (Sumatera). Nama asalnya ialah Muhammad Rukun yang telah diberikan oleh neneknya mengikut adat melayu, kemudiannya nama tersebut digelar sebagai Arya Jaya juga nama mengikut adat. Ayah beliau Tun Pangku dan kemudiannya mendapat gelaran Haji Abdul Rahim di Padang Arafah.
Beliau berdagang ke Tanah Melayu ini dalam tahun 1850 pada ketika itu umur beliau baru 15 tahun. Beliau telah menetap di Selangor selama 85 tahun. Pada tahun 1850 1874 beliau berada di dalam pemerintahan Melayu iaitu ketika beliau berumur 24 tahun, manakala pada umur beliau 61 tahun beliau berada di bawah pemerintahan Inggeris di dalam tahun 1874 1935. Beliau juga merupakan seorang bapa yang sangat berjasa pada anak anaknya. Beliau mempunyai 18 orang anak manakala mempunyai cucu seramai 53 orang dan mempunyai cicit seramai 17 orang.
Sungguhpun beliau berumur 100 tahun dan sering uzur tetapi beliau masih tegap jika dibandingkan dengan orang yang lebih muda dua atau tiga puluh tahun darinya .Beliau masih boleh bersembahyang Jumaat ke masjid atau pun pergi ke rumah orang untuk kenduri kendara. Beliau juga mempunyai ingatan yang sihat sehingga beliau masih ingat nama nama rakan rakannya yang dahulu serta sejarah hidup beliau semasa dahulu. Beliau juga mempunyai minat dalam bab bab bercerita terutamanya cerita cerita mengenai beliau di zaman lampau
Pada ketika umur beliau didalam belasan tahun beliau telah dibawa berdagang bersama sama dengan ayahanda beliau, tujuannya untuk berniaga. Beliau keluar dari Sumatera melalui jalan Pekan Baru atau lebih dikenali Negeri Siak dengan sebuah sekuci belayar menuju ke Tanah Melayu dan seterusnya berhenti di Negeri Melaka pada tahun 1850. Beliau menumpang di rumah bapa saudaranya Datuk Dagang iaitu Haji Said. Ketika itu Negeri Melaka didalam pemerintahan Inggeris. Selama tiga hari beliau berada di Melaka, beliau terpaksa meneruskan perjalanannya menuju ke Pangkalan Kempas. Di situ beliau mengambil upah mengalas kain dari Pengakalan Kempas ke Sungai Ujong upahnya sekati 5 sen dari saudagar kaya Kerinchi Haji Abdul Rahman, dengan cara begini beliau telah sampai ke Sungai Ujong. Beliau cuba mencari sebarang pekerjaan di sana tetapi gagal, akhirnya beliau nekad menuju ke Kuala Lumpur.
Ketika di Kuala Lumpur, keadaan masa itu beratapkan nipah dan berdiding buluh. Pekerjaan mereka menjual kain dan ada pula menjual sayur. Kabanyakannya orang melayu ketika itu semuanya berbangsa Rawa dan Mendahiling. Sultan Puasa dan Raja Bilah adalah ketua ketua mengutip cukai lalu lintas Sungai Kelang dan Sungai Gombak. Beliau pernah mengambil upah dari Sultan Puasa untuk membuat tali air di Serambut dikenali sebagai Batu Lima Setapak sekarang. Selepas 3 tahun beliau mengambil upah di Setapak keadaan di Kuala Lumpur tidaklah huru hara semuanya tinggal didalam keadaan tenang.
Didalam rentetan ini pengisahan beliau mengenai Kuala Lumpur lima puluh tahun dahulu, berbeza dengan tahun 1850 amat menarik untuk diberi perhatian. Beliau pernah menceritakan secara tidak lansung di dalam ceritanya bahawa di Kuala Lumpur sebelum kedatangan British malah sebelum adanya Yap Ah Loy Kuala Lumpur merupakan sebuah tempat yang kukuh dengan struktur pentadbiran tradisional di mana di setiap kawasan seperti Hulu Kelang, Gombak atau Cheras terdapat pembesarnya sendiri, malah mereka bertanggungjawab sepenuhnya di dalam segala urusan yang berlaku segalanya didalam kuasa masing masing. Penduduk Melayu di Kuala Lumpur yang sememangnya tidak ramai di awal tahun 1850 an. Keadaan itu berubah ekoran perubahan masa, di awal tahun 1930 an Kuala Lumpur begitu berbeza sekali di mana ramai kaum imigran kebanyakan di kalangan Cina telah sampai ke Tanah Melayu, perdagangan di sana pun berubah begitu juga perniagaan di sana. Kebanyakan penduduk di sana terutama orang Melayu lebih cenderong ke arah perniagaan kecil atau perniagaan di pasar pasar amnya di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor.
Beliau juga orang yang pertama membuka hutan Sungai Putih atau lebih dikenali sebagai Jalan Bangsar. Beliau pernah di angkat menjadi ketua dengan persetujuan Penghulu Dan Tuan Collector dan beliau diberi gelaran Datuk Dagang. Beliau juga ada menyimpan senapang yang diterima dari Tuan Cuscaden, senapang itu merupakan senapang lama yang asalnya senapang itu dinamakan senapang kopak yang digunakan pada zaman Perang Pahang dahulu. Senapang itu bernombor 311 yang tertulis Enflield. Pada umur beliau mencecah lebih 70 tahun beliau telah diberikan pencen pada 13 Januari 1912 beliau telah meletak jawatan sebagai Ketua Menangkap Penyamun. Pada 1 Ogos 1922 beliau telah dikurniakan pencen dari majikannya Tuan Boyd. Semenjak beliau menjejak Tanah Semenanjung beliau belum pernah sekali pulang ke Tanah Air. Hampir 80 tahun beliau menetap di Tanah Melayu.
Pada Disember 1929 beliau pulang ke Tanah Airnya dengan menaiki motokar. Berbagai dugaan dan cabaran yang ditempohi bersama isteri dan anak anaknya. Perjalanan yang jauh terpaksa ditempohi jua. Perjalanan yang memakan sebanyak 2060 batu telah menghabiskan sebanyak 230 gelen minyak, beliau akhirnya sampai ke tempat asal beliau. Inilah kali pertama beliau balik ke Sumatera dan jua kali terakhir. Walaupun kepulangan beliau tidak disambut oleh orang tuanya namun beliau tetap rasa gembira kerana akhirnya beliau pulang jua ke Sumatera. Ketika di sana beliau menziarahi kubur orang tuanya di Gunung Kelikir. Dengan itu tamatlah kisah Riwayat Haji Abdullah Hukum yang bukan sahaja menempuh berbagai dugaan malah juga seorang ayah yang bertanggungjawab kepada anak anaknya.
HAJI ABDULLAH HUKUM BIN HAJI ABDUL RAHIM
Beliau berasal dari Qariah Sungai Abu jajahan Sungai Penoh Negeri Kerinchi (Sumatera). Nama asalnya ialah Muhammad Rukun yang telah diberikan oleh neneknya mengikut adat Melayu, kemudiannya nama tersebut digelar sebagai Arya Jaya juga nama mengikut adat. Ayah beliau Tun Pangku dan kemudiannya mendapat gelaran Haji Abdul Rahim di Padang Arafah. Beliau berdagang ke Tanah Melayu ini dalam tahun 1850 pada ketika itu umur beliau baru 15 tahun.
Beliau telah menetap di Selangor selama 85 tahun. Pada tahun 1850 1874 beliau berada di dalam pemerintahan Melayu iaitu ketika beliau berumur 24 tahun, manakala pada umur beliau 61 tahun beliau berada di bawah pemerintahan Inggeris di dalam tahun 1874 1935 Beliau juga merupakan seorang bapa yang sangat berjasa pada anak anaknya. Beliau mempunyai 18 orang anak manakala mempunyai cucu seramai 53 orang dan mempunyai cicit seramai 17 orang.
Sungguhpun beliau berumur 100 tahun dan sering uzur tetapi beliau masih tegap jika dibandingkan dengan orang yang lebih muda dua atau tiga puluh tahun darinya.Beliau masih boleh bersembahyang Jumaat ke masjid atau pun pergi ke rumah orang untuk kenduri kendara. Beliau juga mempunyai ingatan yang sihat sehingga beliau masih ingat nama nama rakan rakannya yang dahulu serta sejarah hidup beliau semasa dahulu. Beliau juga mempunyai minat dalam bab bab bercerita terutamanya cerita cerita mengenai beliau di zaman lampau
Pada ketika umur beliau didalam belasan tahun beliau telah dibawa berdagang bersama sama dengan ayahanda beliau, tujuannya untuk berniaga. Beliau keluar dari Sumatera melalui jalan Pekan Baru atau lebih dikenali Negeri Siak dengan sebuah sekuci belayar menuju ke Tanah Melayu dan seterusnya berhenti di Negeri Melaka pada tahun 1850. Beliau menumpang di rumah bapa saudaranya Datuk Dagang iaitu Haji Said. Ketika itu Negeri Melaka didalam pemerintahan Inggeris.
Selama tiga hari beliau berada di Melaka, beliau terpaksa meneruskan perjalanannya menuju ke Pangkalan Kempas. Di situ beliau mengambil upah mengalas kain dari Pengakalan Kempas ke Sungai Ujong upahnya sekati 5 sen dari saudagar kaya Kerinchi Haji Abdul Rahman, dengan cara begini beliau telah sampai ke Sungai Ujong. Beliau cuba mencari sebarang pekerjaan di sana tetapi gagal, akhirnya beliau nekad menuju ke Kuala Lumpur.
Ketika di Kuala Lumpur, keadaan masa itu beratapkan nipah dan berdiding buluh. Pekerjaan mereka menjual kain dan ada pula menjual sayur. Kabanyakannya orang Melayu ketika itu semuanya berbangsa Rawa dan Mendahiling. Sultan Puasa dan Raja Bilah adalah ketua ketua mengutip cukai lalu lintas Sungai Kelang dan Sungai Gombak. Beliau pernah mengambil upah dari Sultan Puasa untuk membuat tali air di Serambut dikenali sebagai Batu Lima Setapak sekarang.Selepas 3 tahun beliau mengambil upah di Setapak keadaan di Kuala Lumpur tidaklah huru hara semuanya tinggal didalam keadaan tenang.
Didalam rentetan ini pengisahan beliau mengenai Kuala Lumpur lima puluh tahun dahulu, berbeza dengan tahun 1850 amat menarik untuk diberi perhatian. Beliau pernah menceritakan secara tidak lansung di dalam ceritanya bahawa di Kuala Lumpur sebelum kedatangan British malah sebelum adanya Yap Ah Loy Kuala Lumpur merupakan sebuah tempat yang kukuh dengan struktur pentadbiran tradisional di mana di setiap kawasan seperti Hulu Kelang, Gombak atau Cheras terdapat pembesarnya sendiri, malah mereka bertanggungjawab sepenuhnya di dalam segala urusan yang berlaku segalanya didalam kuasa masing masing.
Penduduk Melayu di Kuala Lumpur yang sememangnya tidak ramai di awal tahun 1850 an. Keadaan itu berubah ekoran perubahan masa, di awal tahun 1930 an Kuala Lumpur begitu berbeza sekali di mana ramai kaum imigran kebanyakan di kalangan Cina telah sampai ke Tanah Melayu, perdagangan di sana pun berubah begitu juga perniagaan di sana. Kebanyakan penduduk di sana terutama orang Melayu lebih cenderong ke arah perniagaan kecil atau perniagaan di pasar pasar amnya di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor.
Beliau juga orang yang pertama membuka hutan Sungai Putih atau lebih dikenali sebagai Jalan Bangsar. Beliau pernah di angkat menjadi ketua dengan persetujuan Penghulu Dan Tuan Collector dan beliau diberi gelaran Datuk Dagang.
Beliau juga ada menyimpan senapang yang diterima dari Tuan Cuscaden, senapang itu merupakan senapang lama yang asalnya senapang itu dinamakan senapang kopak yang digunakan pada zaman Perang Pahang dahulu. Senapang itu bernombor 311 yang tertulis Enflield. Pada umur beliau mencecah lebih 70 tahun beliau telah diberikan pencen pada 13 Januari 1912 beliau telah meletak jawatan sebagai Ketua Menangkap Penyamun. Pada 1 Ogos 1922 beliau telah dikurniakan pencen dari majikannya Tuan Boyd.
Semenjak beliau menjejak Tanah Semenanjung beliau belum pernah sekali pulang ke Tanah Air. Hampir 80 tahun beliau menetap di Tanah Melayu. Pada Disember 1929 beliau pulang ke Tanah Airnya dengan menaiki motokar. Berbagai dugaan dan cabaran yang ditempohi bersama isteri dan anak anaknya. Perjalanan yang jauh terpaksa ditempohi jua. Perjalanan yang memakan sebanyak 2060 batu telah menghabiskan sebanyak 230 gelen minyak, beliau akhirnya sampai ke tempat asal beliau. Inilah kali pertama beliau balik ke Sumatera dan jua kali terakhir.Walaupun kepulangan beliau tidak disambut oleh orang tuanya namun beliau tetap rasa gembira kerana akhirnya beliau pulang jua ke Sumatera. Ketika di sana beliau menziarahi kubur orang tuanya di Gunung Kelikir. Dengan itu tamatlah kisah Riwayat Haji Abdullah Hukum yang bukan sahaja menempuh berbagai dugaan malah juga seorang ayah yang bertanggungjawab kepada anak anaknya.
HAJI ABDULLAH HUKUM (1835 1930AN)
Nama asalnya ialah Muhammad Rukun dan kemudiannya digelar Arya jaya mengikut adat. Nama Abdullah Hukum diberikan kepadanya ketika berada di Padang Arafah semasa menunaikan fardu haji. beliau berasal dari Kerinchi, Sumatera dan datang ke Melaka bersama ayahnya pada tahun 1850. dari sana beliau ke Sungai Ujung mengambil upah menggalas kain, dan kemudiannya ke Kuala Lumpur untuk mendapat rezeki yang lebih lumayan.
Di Kuala Lumpur beliau berkerja dengan Sultan Puasa mengambil upah membuat taliair di Segambut (Batu 5,Setapak). Selepas itu beliau menjadi petani dan kontraktor membina batas untuk Raja Bilah. Haji Abdulah Hukum pernah menjadi nakhoda mengambil upah mengangkut barang dari Kelang ke Kuala Lumpur.Beliau pernah menjadi juak kepada Raja Tengku Panglima Raja dan terlibat dalam Perang Saudara Selangor.
Beliau membuka tanah dan perkampungan di Pudu dengan perkenaan Raja Laut yang menjadi Raja Muda Selangor dan menjadi penghulu masjid di kawasan berkenaan. Akhirnya beliau membuka kawasan perkampungan di Sungai Putih (sekarang Bangsar) dan menetap di sana, dan kawasan itu di namakan Kampung Haji Abdullah Hukum, Bangsar. Beliau dilantik oleh Sultan Abdul Samad untuk menjadi ketua masyarakat di Kuala Lumpur dengan gelaran Datuk Dagang Dianjuk.
Apabila umurnya meningkat ke 80 tahun, beliau meminta bersara dari jawatan ketua dengan dibayar pencen. Haji Abdullah Hukum meninggal dunia ketika usianya lebih seratus tahun. hasil temuramah dengan beliau disiarkan oleh Warta Ahad yang diterbitkan di Singapura pada tahun 1935 dan merupakan sumber sejarah terpenting mengenai Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment